Dalam subuh Rabiul Awal yang suram Jazirah Arab yang sunyi,
diam Gempita tiba melawat sekelian alam
Gembira menyambut tibanya penyampai kalam
Lantas sumur api Kisra Parsi turut padam
Hening, tenang Kerana lahirnya Rasul agung si yatim yang malang
Lahirnya dijanjikan
Munculnya dinantikan
Teruja si pendita mendengar khabaran
Terbitlah sudah matahari buat zaman
Buat menjadi pedoman tauladan
Buat umat yang bergelar insan
Hemah budi menjadi pujian murni
Bening mata memandang penuh rasa cinta di hati
Bijak tindaknya bagai seorang rahib
Kias sempurna anugerah dari ilahi
Tak kusut dek umpan dunia
Tak hanyut dek laguan wanita
Tak lurut dek ugutan Quraisy durjana
Sungguh demi Tuhan! Dia buta huruf! Dia ummi! Dia ummi!
Junjungan mulia itu Bukan sebarang insan
Junjungan mulia itu Bukan orang buangan
Junjungan mulia itu Seorang calon pilihan
Juangnya tiada tara
Takutnya di hati bukan pada manusia
Bertahun tohmah mehnah iringi
Bertahun tohmah mehnah iringi
terpilih Kau Al-Amin
Si ummi pilihan tujuh langit
Bergema Arasy berselawat padamu
Tatkalau Si Jahal dan Lahab mengherdik menyiat hatimu
Kini sepi dunia tanpamu bersama Kosong
Lengang. Sunyi Bagai kau pergi tanpa tanda
Salahkah dirimu tersurat telah pergi?
Salahkah diriku abaikan wasiat buat ummati?
Atau salahkah mereka memuja melodi dunia kini?
Ya Nabi Allah!
Aku bukan Ali yang wajahnya dimuliakan Allah
Aku bukan Al-Farisi yang gagah berjihad di medan Yarmuk
Aku bukan juga Aishah yang bisa mengalun syair
pembakar semangat muslimin
Aku tidak juga setanding Rabiatul Adawiah Pencinta sejati,
Ar-Rahman dan engkaulah kekasih hati
Aku bukan mereka
Aku bukan di sana
Aku budak kecil yang besar rindu padamu
Aku orang besar yang kerdil jahil di sisimu
Aku hamba dunia yang paling hodoh menanti syafaatmu
Aku wanita tua yang tercari-cari suaramu
Aku lelaki berkusta, jijik di mata manusia
Tapi aku tahu kau menantiku di sana Ya Rasulullah
Rinduku sepenuh dada
Rinduku tak terucap dengan kata
Rinduku tak tertulis dengan pena
Rinduku sakit tak tertanggung dek jiwa Rindu,
Ya Allah Rindu kekasihmu,
Al-Malik Rindu cintamu,
Al-Salam Ya Allah Aku rindu dengan sangat
Aku rindu dengan hebat Kekasihmu pemberi syafaat
Cinta yang ku damba kelak di akhirat
Rindu aku tak terucapkan
Sayang aku tak tergambarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan